My photo
Conggo Town @ Cheras, Garden City Of Light (Kuala Lumpur), Malaysia

Friday, November 21, 2008

Rock The World 8


Kembali lagi... Rock The World telah kembali lagi tahun ini. Tahun lepas Rock The World tidak dapat diadakan kerana terlalu banyak konsert dari band-band seberang laut yang datang membuat persembahan mereka untuk mengaut untung...huhuhu... Tapi kali ini Rock The World kembali mengubat rindu aku selama setahun... Antara band-band yang mengambil bahagian adalah Butterfingers, OAG, The Times, Koffin Kanser, Republic of Brickfields, One Buck Short, Estranged, Pure Vibracions, Bunkface, Zip Zieller, The Otherside Orchestra, Laila's Lounge, Revenge, They Will Kill Us All, Komplot dan Upon Arrival. Mereka akan beraksi di The Secret Garden. Stadium Merdeka pada 20 Disember 2008 dan akan bermula jam 12pm.Jadi aper tunggu lagi. Kepada mereka yang merindukan aksi local band beraksi di atas pentas di "Taman Rahsia" kiter marilah kiter datang beramai-ramai... Dapatkan tiket-tiket anda sekarang sebelum ia kehabisan... "SAVE THE LOCAL MUSIC"... "SUPPORT LOCAL BAND"

Jangan Lupa
Di The Secret Garden Stadium Merdeka
Pada 20 Disember 2008
Jam 12PM

Friday, October 17, 2008

Music Is My Life (Part 1)

Muzik adalah sebahagian daripada hidup aku... Tanpa muzik aku rase hidup aku kosong... Selain muzik aku juge boleh main alat² muzik... Tapi tak profesional la... Masih di tahap amatur lagi... Barangkali boleh jadi seorang ahli muzik yang berbakat dan tersohor di alam maya... Huhuhu... Kalau dah minat muzik mesti ader artis yang kite minati... Band yang aku minat seperti Butterfingers... Memang aku follow band nie dari 1st album... Tapi diorg punyer demo aku takder... susah nak dapat... Kalau dapat pun nasib baik jer... Selain Butterfingers aku juge minat Wings...

Wings


Butterfingers

Itu band local yang aku minat... Band international seperti Silverchair ngan Slipknot... Begitulah serba sedikit pasal ahli muzik yang aku suke... Nak tahu lebih lanjut...??? Contact aku kat aku punyer link...


Silverchair



Slipknot

Moto GP di Sepang

Pada mereka yang meminati sukan ini marilah beramai² ke Litar Sepang pada hari ini 17 Oktober 2008 hingga 19 Oktober 2008... Siapakah akan menjuarai Moto GP pada kali ini... Same² kite saksikan...

Thursday, October 16, 2008

Aku Sayang Quzra

Walaupun Quzra tak selaju motor lain tapi aku tetap sayang kat dia... Aku akan jaga Quzra sampai lebam... Lantak lah aper org nak kater... Yang penting aku beli pakai duit aku... 1sen pun aku tak mintak kat diorang... Huhuhu... Dah macam drama sedih la pulak...


My Baby Quzra


Heheheh... Inilah Quzra. Maner aku nak pergi mesti ngan dia dan juge bersama ehehem (pepaham sudah la) itupun kalau dia nak ikut la... Huhuhu... Aku bukan mat rempit... Tapi diorg kate aku mat rempit... Bodohnye diorg nie... Aku tak suka mat rempit... Menyusahkan org lain jerk... Papehal suke hati diorg la... Mulut tempayan boleh ditutup, Mulut org nak tutup camaner... Nak sepak mulut tu...??? Semua dah tua bangke... Nanti kate kurang ajar... Macam kate Nabil Raja Lawak... Lu Pikir La Sendiri... Huhuhu...