My photo
Conggo Town @ Cheras, Garden City Of Light (Kuala Lumpur), Malaysia

Friday, November 21, 2008

Rock The World 8


Kembali lagi... Rock The World telah kembali lagi tahun ini. Tahun lepas Rock The World tidak dapat diadakan kerana terlalu banyak konsert dari band-band seberang laut yang datang membuat persembahan mereka untuk mengaut untung...huhuhu... Tapi kali ini Rock The World kembali mengubat rindu aku selama setahun... Antara band-band yang mengambil bahagian adalah Butterfingers, OAG, The Times, Koffin Kanser, Republic of Brickfields, One Buck Short, Estranged, Pure Vibracions, Bunkface, Zip Zieller, The Otherside Orchestra, Laila's Lounge, Revenge, They Will Kill Us All, Komplot dan Upon Arrival. Mereka akan beraksi di The Secret Garden. Stadium Merdeka pada 20 Disember 2008 dan akan bermula jam 12pm.Jadi aper tunggu lagi. Kepada mereka yang merindukan aksi local band beraksi di atas pentas di "Taman Rahsia" kiter marilah kiter datang beramai-ramai... Dapatkan tiket-tiket anda sekarang sebelum ia kehabisan... "SAVE THE LOCAL MUSIC"... "SUPPORT LOCAL BAND"

Jangan Lupa
Di The Secret Garden Stadium Merdeka
Pada 20 Disember 2008
Jam 12PM