Blog Archive
Saturday, November 27, 2010
Tuesday, November 23, 2010
myMetro | Cabaran jadi marsyal konvoi
Cabaran Jadi Marsyal Konvoi
TIDAK dinafikan, mungkin ramai tidak faham tugas marsyal, namun peranannya penting memastikan keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalan raya yang lain.
Diibaratkan ‘jantung’ konvoi, tanggungjawab seorang marsyal adalah berat, selain nadi utama bagi memastikan keselamatan peserta sentiasa terjamin.
Dipercayai, setiap peserta akan memandu kenderaan melebihi 100 kilometer sejam (km/j) ketika berkonvoi dan jika tiada marsyal yang mengawal, tidak mustahil akan berlaku kemalangan.
Ada empat fungsi marsyal dalam konvoi, iaitu kategori ‘Leader’, ‘Sweeper’, ‘Control’ dan ‘Backmarker.’ Selain bertanggungjawab atas keselamatan peserta konvoi, Leader perlu kerap berkomunikasi dengan marsyal lain bagi mengetahui situasi semasa termasuk melaporkan keadaan trafik, Malah, Leader juga hendaklah berwaspada setiap masa dengan memberikan arahan kepada marsyal lain supaya tidak membenarkan kenderaan konvoi memotongnya kecuali diberi arahan.
Control pula ialah penolong Leader untuk mengagihkan semua arahan kepada marsyal lain manakala bilangan Sweeper bergantung kepada jumlah peserta konvoi.
Sweeper akan menerima arahan daripada Leader untuk memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat termasuk memantau di kawasan persimpangan, memberikan amaran kepada semua peserta jika terdapat kenderaan lain dikesan memandu berbahaya.
Sweeper juga bertanggungjawab menemani kenderaan konvoi yang rosak atau terbabit dalam kemalangan.
Sweeper juga berada di hadapan Leader jika tenaga mereka itu diperlukan dan semua kenderaan konvoi mestilah memberikan kerjasama penuh.
Backmarker adalah kenderaan marsyal paling terakhir di dalam sesebuah konvoi dan mereka tidak dibenarkan berada di hadapan peserta konvoi.
Ini kerana Backmarker mesti melaporkan setiap aktiviti di belakang kepada Leader bagi mengelak berlaku perpecahan peserta dari barisan konvoi.
Marsyal, Wan Rosli Wan Mohamad, 50, atau lebih dikenali ‘Lie Bird’ berkata, setiap marsyal perlu menduduki kursus anjuran polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mengawal mana-mana konvoi.
Katanya, pelbagai peraturan perlu diketahui setiap marsyal bagi mengelak pertindihan kuasa dengan anggota trafik.
“Tugas marsyal itu nampak mudah padahal ia adalah peranan besar kepada nyawa serta keselamatan peserta tanggungjawab mereka.
“Marsyal dilarang melanggar lampu isyarat sesuka hati kecuali mempunyai alasan kukuh, selain tidak dibenarkan terlalu ghairah ketika menunggang, angkuh, pentingkan diri sendiri dan jangan memotong kenderaan lain sesuka hati,” katanya yang memiliki motosikal BMW GS1100.
Setiap marsyal perlu memiliki ketahanan mental dan fizikal kerana di sepanjang konvoi, pelbagai dugaan boleh berlaku, antaranya, hujan, ribut, cuaca panas dan nahas.
“Marsyal juga disarankan memakai pakaian yang lengkap dengan alat keselamatan diri seperti jaket khas, kasut khas, pelindung lutut dan sarung tangan khas,” katanya.
Tuesday, April 20, 2010
Wednesday, April 14, 2010
Tuesday, April 6, 2010
Konvoi Komuniti 135LC Polis Sempena Hari Polis Yang Ke-203
Pada 28 Mac 2010 yang lalu aku telah dijemput oleh En. Syaharin dan diberikan tugas yang amat mencabar utk Konvoi 135LC Komuniti Polis ke Hot Spring Sg. Klah Sungkai Perak...(Quzra tak ikut... huuuaaa)
Seramai 40 orang anggota polis telah menyertai konvoi nie...
Konvoi nie dianjurkan dan di'sponsor' oleh Aweng dari Syarikat Mjaya Bike Sdn.Bhd.
Aweng sponsor makan,minyak dan tiket utk masuk ke hot spring... (senang idup konvoi camnie... huhuhu).